Petua Kempis dan Slimkan Perut Buncit

Salam ceria warga Malaysia… Selamat kembali bekerja lepas balik mengundi.. Seronokkan ambik peluang balik kampung jumpa mak ayah.. kak zura pun rindu pada mereka.. Makan pun sure banyak bila mak masak.. sedapppp… hingga menjilat jari.. betul tak???

 

Bila dah makan banyak tu, mulalah nak butang seluar ataupun kain tak dapat..  Macam-macam dah cuba tapi tak berjaya.. Macam-macam cara dan duit pun dah banyak habis, masih tak jugak kempis-kempis.. Terliur bila tengok orang yang boleh pakai baju yang ada shape.. body nampak slim je.. jelesss rasanya.. Jadi harini kak zura nak kongsi petua dan tips untuk bagi slim perut buncit tu…

 

Nak Kempiskan Perut Buncit Tak??

 

 

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x720px.

testimoni

 

Ini adalah gambar terbaru kak zura.. walaupun berat dah tak nak turun tapi saiz badan kak zura semakin mengecil.. perut pun kempis..

Dibawah ini ada beberapa cara yang boleh bantu anda juga cara nak turunkan berat badan dan kempiskan perut yang buncit…

 

1. Boleh cuma minum air limau nipis… Caranya: Ambil dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk. Minumlah setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh juga diikuti dengan senaman ringan. Cuba amalkan selama sebualn dan tengok hasilnya…

 

2. Rendamkan 3 sudu besar serbuk teh cina dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan pada waktu sebelum sarapan dan sebelum nak tidur..

 

3. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

 

4. Mencampurkan teh hijau (green tea) atau teh cina dengan sedikit madu atau serbuk kulit kayu manis..

 

5. Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :

Ambil 5cm halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat.
Perahkan air Limau Nipis.
Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

 

6. YANG PENTING SEKALI APA YANG KAK ZURA AMALKAN ADALAH MEMAKAI BENGKUNG ATAU GIRDLE.. tak perlu beli yang mahal-mahal.. kalau boleh kena sentiasa amalkan pakai girdle atau bengkung.. Cari yang sesuai dan selesa untuk di pakai selama 8 jam.. Kalau suami tak marah, boleh je pakai waktu tidur..

 

7. Jangan makan selepas jam 9 malam.. kalau terasa lapar cuba minum air kosong atau pun air susu yang low fat (rendah lemak)

 

8. Pastikan anda lawas buang air besar setiap hari.. kalau tak buang tosik-tosik banyak dalam badan dan menyebabkan anda lambat dan susah nak slim dan turun berat badan.. Perut pun akan buncit kalau tak buang..

 

 

DAH CUBA MENU DIET 7 HARI yang dah kak zura kongsikan hari tu?? boleh baca di link —>  http://slimdiet2.org/2013/04/22/7-hari-menu-diet-sihat-jom-kurus/

 

SELAMAT MENCUBA… 🙂

 

ikhlas dari kak zura

NANTIKAN LAGI TIPS-TIPS MENARIK YANG AKAN KAK ZURA KONSIKAN KEPADA ANDA DALAM https://www.facebook.com/DragonLadyHazura

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *