7 Hari Menu Diet Sihat.. Jom kurus..

Apr 22, 13 7 Hari Menu Diet Sihat.. Jom kurus..

Harini kak zura nak kongsikan satu menu diet untuk anda  yang nak slim dan kurus.. Boleh cuba kongsikan dengan kawan-kawan.. Yang paling bagus skali kalau anda nih sebagai suri rumah, kita yang menentukan apa yang anak dan suami makan.. kita masaklah yang best-best tapi masakan tu kenalah menu diet yang sihat..

Untuk kali ini kak zura nak kongsi Menu Diet untuk yang baru je nak mula berdiet tapi pastikan jangan berlapar tau.. kena makan baru jadi kurus..

Cabaran 7 hari ni sesuai sangat untuk awak – awak yang ingin ke jinjang pelamin tak lama lagi , atau pun awak – awak yang ingin kurangkan berat badan tu sikit dan tak tahu macam mana , atau awak – awak yang tengah stress tu.

7 Hari Menu Diet Sihat Berkesan

 

Hari Pertama (Tak ada nasi , hanya buah dan minuman yang sihat dan semulajadi)
  • Makan semua jenis buah kecuali pisang.
  • Untuk minuman, pilih yang sihat dan semula jadi.
  • Hindari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.
  • Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan paling tepat, oleh itu pastikan kamu kerap mengambilnya.
  • Selain itu, kamu disarankan makan sup.

 

Hari Kedua (Sayuran berdaun hijau , sup , kentang putar tanpa mayonis dan mentega , tak ada nasi lagi )

  • Semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung.
  • Kamu tidak dibenarkan makan kacang panggang dan seumpama dengannya.
  • Makan sehingga kamu sendiri puas dengan rasa sayur itu.
  • Paling disyorkan sayuran berdaun hijau.
  • Makanlah sebanyak mana sup yang kamu mahu.
  • Sebelah malam pula,makan kentang putar dalam hidangan besar.
  • Amaran penting,lupakan mentega dan mayones.Gantikan dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa.

 

Hari Ketiga (menu hari pertama dan menu hari ke dua , tanpa kentang putar … perghhhh ..)

  • Gabungkan menu hari pertama dan kedua.
  • Tetapi tidak perlu kentang putar untuk pelan hari ketiga ini.
  • Jika betul-betul mengamalkan diet ini, kamu sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua kilogram hingga tiga kilogram. bayangkan…
Image
 
Hari Keempat (pisang dan susu rendah lemak , ambil sebanyak mana mampu dan juga sup .. juga tak de nasi)

  • Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak.
  • Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang kamu mampu.
  • Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi kamu harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram.
  • Kamu juga masih tidak boleh melupakan sup dalam hidangan.

 

Hari Kelima (daging dan tomato , daging ayam atau  ikan , 6 biji tomato dan juga sup , tak de nasi lagi …)

  • Hari untuk daging dan tomato.
  • Kamu dibenarkan untuk makan daging putih(ikan atau ayam) antara 300 hingga 600gram,selain makan 6biji tomato segar.
  • Tomato sebenarnya membantu mencernakan protien dari mencuci pembinaan asid urik.
  • Pengambilan sup sudah memadai diambil sekali sahaja.

 

Hari Keenam (daging dengan sayur  berdaun lain , tanpa kentang putar , tanpa nasi dan juga sup …. )

  • Kamu dibenarkan makan daging bersama sayur.
  • Makanlah apa saja jenis stik kerana ia baik untuk kandungan jantung.
  • Tetapi jangan makan kentang putar.
  • Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun.
  • Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu.

 

Hari Ketujuh (baru ada nasi , tu pun dengan beras perang .. jus buah kurang manis dan sayur-sayuran .. dan juga sup)

  • Makanlah nasi menggunakan beras perang.
  • Lengkapkannya dengan jus buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran.
  • Kamu masih lagi disarankan untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.

 

Jom.. kita cuba menu diet nih… nantikan post-post tebaru.. info-info lain ada juga dalam blog http://slimdiet2.org.. segala pertanyaan boleh juga inbox dalam facebook  http://www.facebook.com/DragaonLadyHazura

MACAM-MACAM ADA..

ikhlas, kak zura..
019-3197976

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *