Harini Kak Zura nak mencerita kepada anda semua satu produk yang cukup menarik, Omega CoQ10. Ia merupakan produk terbaru keluaran New Image yang baru dilancarkan pada 18th November 2012. Kini telah di pertingkatkan formulanya dengan khasiat Minyak Ikan yang asli, Koenzim Q10, DHA, EPA.
 

APA ITU OMEGA COQ10?

Koenzim Q10 (CoQ10) ialah sejenis jisim yang menyerupai vitamin dijumpai di dalam setiap sel dalam badan manusia. CoQ10 adalah perlu untuk mengeluarkan tenaga di peringkat selular. Para saintis mendapati jantung kita mengandungi 10 kali lebih banyak CoQ10 berbanding mana-mana organ lain dalam badan. Ini kerana jantung kita adalah organ yang paling kuat bekerja sebab ia berdegup kira-kira 100,000 kali sehari. Tidak ada satu degupan pun boleh berlaku tanpa wujudnya tenaga.
 

Menjana tenaga yang banyak tidak menjadi masalah semasa kita masih muda. Badan dapat mengeluarkan semua CoQ10 yang diperlukan oleh jantung, tetapi apabila kita semakin tua, badan akan mengeluarkan semakin sedikit CoQ10. Pada peringkat umur 50-an atau 60-an, jantung kita akan mengalami kebuluran tenaga. Sebaik sahaja keadaan ini berlaku, jantung tidak lagi mampu bekerja dengan cekap serta tidak berupaya untuk menyampaikan semua oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh organ dan tisu di seluruh badan. Akibatnya, kita akan berasa letih dan tidak bermaya.
 

Banyak penyelidikan telah dilakukan terhadap CoQ10 tetapi hasil yang paling menarik ialah yang dicapai dalam bidang kardiologi. Pada tahun 1972, Dr. Karl Folkers (dikenali sebagai ‘Bapa CoQ10′ kerana kajian mendalam beliau mengenai CoQ10) dan Dr. Gian Paolo Littarru membuktikan mereka yang menghidapi penyakit jantung seringkali adalah mereka yang juga kekurangan CoQ10.
 

Paras kekurangan CoQ10 telah pun dimantapkan dengan amat jelas dalam kes-kes kegagalan jantung kongestif dan kardiomayopati (otot jantung yang berpenyakit) yang merupakan penyakit yang melibatkan otot jantung itu sendiri.Apabila otot jantung lemah, ia tidak dapat mengepam semua darah yang diterima daripada badan. Juga, apabila otot jantung itu lemah, ia memerlukan lebih banyak jumlah nutrien yang mesti disalurkan ke sel-sel jantung supaya ia dapat mencipta tenaga.