Ramai yang takut untuk makan lewat malam kerana TAKUT GEMUK!! Sebenarnya ia bergantung kepada jenis makanan yang anda pilih. Pengambilan makanan malam juga mampu memberikan khasiat kepada tubuh. Jom ketahuinya.

Apabila bercakap tentang snek sihat, burger dan ayam goreng tidak termasuk dalam senarai ini ya. Makanan ringan yang mengandungi karbohidrat berkanji dan lemak tinggi harus dielakkan kerana ia hanya akan memberikan kesan negatif kepada anda.. Juga badan akan mudah bertambah gemuk bila makan lewat malam..

 

Makanan Sesuai Untuk Lewat Malam

Berikut adalah beberapa jenis makanan ringan yang sihat, sesuai dijadikan snek pada waktu malam. Ia bukan sahaja dapat mengurangkan rasa lapar, malah juga dapat membantu anda mendapatkan tidur yang lebih lena.

1. Yogurt

Sesuai bagi anda yang mengalami insomnia ataupun kesukaran tidur pada waktu malam, yogurt dikatakan mampu membantu anda untuk tidur  dengan lebih lena dan berkualiti. Yogurt mengandungi protein yang tinggi dan kandungan karbohidrat yang rendah.anda juga boleh campurkan buah-buahan seperti strawberi dan blueberi untuk proses antioksidan selain mendapatkan rasa yang lebih sedap.

 

2. Pisang

Kalau anda nak tahu, kandungan karbohidrat kompleks yang menghasilkan melatonin pada pisang juga mampu membuatkan anda mudah untuk tidur lena. Selain meningkatkan kadar insulin yang dihasilkan bagi membantu tubuh badan mendapat rehat yang mencukupi, kandungan potassium dan magnesium yang tinggi dalam pisang juga boleh membantu otot kita untuk berehat.

3. Roti gandum

Banyak khasiat yang boleh kita dapati daripada roti gandum antaranya, vitamin B kompleks, serat, Vitamin E, zink, zat besi, asam folat dan antioksida. Hanya makan sepotong sandwich bersama salad segar  dan daging tanpa lemak mmapu memberikan kesan kenyang dalam tempoh yang lama.

4. Pelbagai buah-buahan segar

Tidak dapat dinafikan, buah-buahan segar seperti epal, strawberi, oren dan banyak lagi merupakan sumber vitamin C terbaik buat tubuh. Buah-buahan ini sesuai dijadikan sebagai snek pada waktu malam. Untuk mempelbagaikan cara memakannya, anda boleh mengisar beberapa jenis buah untuk dijadikan jus. Selain dapat menghilangkan rasa lapar, anda juga dapat melakukan proses detoks yang dapat melancarkan proses penghadaman ketika tidur.

Amalkan snek sihat ini jika berasa lapar pada waktu malam. Elakkan dari mengambil makanan tidak berkhasiat yang akhirnya akan membawa kesan buruk kepada tubuh badan.