Salam ramadhan Kak Zura ucapkan kerana pembaca blog Kak Zura since 2010 lagi.. terima kasih banyak-banyak atas sokongan rakan-rakan semua.. Kak Zura pun ada blog personal, yang banyak kongsi tips-tips diet dan turun berat badan. Juga masalah-masalah yang selalu dihadapi bila susah betul nak kurus..

 

Tips Kurus Sebelum Raya

Hari ini Kak Zura berkesempatan nak kongi tips diet untuk mereka yang nak kurus sebelum raya.. Nak pakai baju kebaya kan? hehehehe.. baca tips nih..

  1. Jangan tinggal (skip) sahur

Walaupun ‘skip’ sahur boleh mengurangkan pengambilan kalori, tetapi ia adalah amalan yang tidak sihat. Malah, ia cenderung menyebabkan kita makan lebih banyak semasa berbuka.

Lagi pula, amalan bersahur adalah sunnah dan amat digalakkan dalam Islam walaupun hanya dengan buah kurma. Namun untuk yang nak kurus, sekadar cukup 1 biji kurma.

 

  1. Makanan rendah kalori

Semasa sahur pilihlah makanan yang tidak tinggi kalori, tinggi garam dan kurangkan makanan berlemak. (Elak lauk bersahur dengan ikan masin, telur masin, mee segera atau sardin dan seumpamanya) Makanan masin semasa sahur boleh menjadikan kita cepat haus nanti.

 

  1. Pengambilan nasi / bihun / mee

Tidak ada masalah untuk ambil nasi/ bihun/ mee/ kuetiow semasa sahur. Asal jumlah segenggam. Namun untuk jimatkan lagi kalori, boleh ambil karbo kompleks yang lain. Sama ada roti wholemeal atau pun oat. Boleh buat buat smoothy oat fruit..

 

  1. Minuman manis

Tinggalkan segala minuman manis atau berkafien sepanjang ramadhan. Minumlah air kosong banyak-banyak. Kau kena tahu air kosong selamanya kosong kalori.

Dicadangkan mencukupi 8 gelas air sehari adalah seperti ini:

  • 1 gelas selepas bangun sahur
  • 1 gelas selepas bersahur
  • 1 gelas selepas azan Maghrib
  • 1 gelas selepas solat Maghrib
  • 1 gelas selepas berbuka
  • 1 gelas selepas solat Isyak
  • 1 gelas selepas solat Terawih
  • 1 gelas sebelum tidur

 

  1. Kuantiti makanan semasa berbuka

Semasa berbuka puasa, tidak ada masalah untuk ambil makanan yang lebih banyak berbanding semasa sahur. Namun pastikan makanan itu makanan yang berkualiti. Kalau nak turun berat dan boleh makan cepat boleh minum alpha lipid sd2 dulu segelas sebelum makan..

 

  1. Kekal aktif

Berpuasa bukanlah alasan untuk kita tidur dan bermalasan sepanjang hari. Walaupun tidak bersenam, cuba sedaya upaya untuk mengekalkan aktiviti harian dengan melakukan kerja rumah, bergotong-royong, membantu ibu ayah, dan sebagainya. Jangan tangguhkan semua kerja ini untuk dilakukan selepas berbuka supaya anda boleh fokus pada ibadah lain pada waktu malam.

 

 

  1. Lauk pauk jenis rebus

Untuk lauk berbuka kalau kau tanya, Kak Zura suka pilih yang rebus-rebus atau pun bakar-bakar. Ikan masak asam pedas, ayam golek, ayam sambal ini semua kegemaran. Jangan ambil yang bergoreng atau yang banyak guna sos atau kicap. (Charkuetiow, KFC, etc) Lebihkan yang bakar dan rebus.

 

  1. Sayur dan buah-buahan

Sayur dan buah-buahan adalah menu yang wajib. Ia penting sebagai tambahan serat dan vitamin dalam badan serta mudah untuk buang air besar.  Barulah makanan itu jadi seimbang dan kita akan nampak lebih bertenaga dan tidaklah kurus dalam keadaan yang nampak letih.

 

Ini semua apa yang Kak Zura cuba amalkan semasa berdiet dibulan puasa. Jujur kalau kau boleh konsisten dengan garis panduan yang diberikan kita tak perlu pun nak habis ribuaan ringgit untuk kurus.

Mudah-mudahan, matlamat kita untuk kuruskan badan semasa bulan puasa bukan sekadar dicapai untuk cantik. Tetapi turut meninggalkan kesan positif dalam mengelakkan pembaziran wang dan makanan di samping berusaha meningkatkan kesihatan diri