Apakah Yang Menyebabkan Penurunan Berat Badan Yang Mendatar Atau Plateaus?? – Part 11

PART 11: Anda melalui fasa penyesuaian diri !

 

Kita harus faham bahawa apabila ia bersangkutan dengan penurunan berat badan, makan badan kita akan berfungsi seperti kitaran maklumbalas pada sebuah thermostat.

 

Badan kita memerlukan satu fasa penyesuaian diri dengan fungsi-sungsi yang bersangkutan terhadap jumlah makanan dan jenis-jenis sumber tenaga yang ia dapati; sama seperti sebuah thermostat yang perlu berfungsi mengikut kesesuaian suhu udara didalam sebuah bilik. Dengan itu, cara tindakbalas badan kita berfungsi untuk perubahan yang baru ini juga tidak sama untuk semua orang. Ada badan yang lebih peka dan ada yang lambat untuk bertindakbalas.

 

Sekiranya kita mengubah tahap aliran permulaan atau “set point” yang baru pada badan kita, maka ia akan berlaku secara beransur-ansur dan bukan sekali gus. Apabila berat kita mendatar pada tahap yang sama dan tidak turun selama beberapa hari atau beberapa minggu maka ini mungkin disebabkan badan kita perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri pada aturan yang baru.

 

Sekiranya anda tetap menjaga diet anda dan tidak berputus asa, akhirnya berat anda akan turun semula dan jarum penimbang juga akan mula bergerak kearah penurunan yang anda idamkan.

 

 

 

Badan anda juga perlukan masa tempoh penyesuaian dengan cara makan dan diet yang baru.

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.