Protein: Apakah ia? Apakah Fungsinya?

Oct 12, 10 Protein: Apakah ia? Apakah Fungsinya?

Protein adalah bahan asas bagi pembentukan badan kita. Setiap aktiviti tubuh badan kita dijalankan oleh protein, tanpa protin badan kita seumpanya runtuh seperti runtuhnya keluli pada bangunan tinggi.

Protein mengandungi unsur Karbon (C) , Hidrogen (H), Oksigen (O), dan Nitrogen (N). Unit asas protein ialah Asid Amino. Terdapat lebih 20 jenis Asid Amino penting yang diperlukan dalam sintesis protein.

Asid Amino terdiri dari dua jenis: iaitu asid amino perlu dan asid amino tidak perlu. Asid amino perlu tidak dapat disintesis oleh badan manusia, dan ia diperolehi dari makanan. Terdapat 9 asid amino perlu:

  1. Histidina
  2. Isoleusina
  3. Leusina
  4. Lisina
  5. Valina
  6. Metionina
  7. Fenilalanina
  8. Treonina
  9. Triptofan

Manakala Asid amino tidak perlu pula terdiri dari:

  1. Alanina
  2. Arginina
  3. Aspargina
  4. Asid Aspartik
  5. Aisteina
  6. Asid Glutami
  7. Glutamine
  8. Glisina
  9. Prolina
  10. Serina
  11. Tirosina

FUNGSI PROTEIN: Triptofan adalah pelopor kepada vitamin niasin, ia juga pelopor kepada neurotransmitter serotonin.  Tirosina pula pelopor pembentukan pigmen kulit dan rambut. Protein terlibat dalam fungsi komunikasi sel-sel seperti dalam transduksi sel-sel, fungsi enzim-enzim, Banyak lagi fungsi setiap asid amino yang begitu kompleks dan sukar difahami oleh manusia.

Protein juga terlibat dalam fungsi KEIMUNAN badan manusia. Protein akan bergabung dengan molekul Antibodi bagi membawa toksin keluar dari badan. Protein juga membekalkan tenaga sebanyak 10% daripada proses glukoneogenesis (pemecahan lemak kepada gula). Protein juga adalah sebahagian dari hormon. Hormon mengawalatur fungsi tubuh badan kita.

Sumber Protein: Sumber utama protin adalah daripada daging haiwan, susu lembu, telur, kekacang, tofu, tempe, soya dan lain-lain protein.

Nota: ALPHA LIPID LIFELINE adalah makanan berprotin tinggi dari kolostrum lembu.

Related Posts with Thumbnails
1 Bintang2 Bintang3 Bintang4 Bintang5 Bintang (1 undian, purata: 5.00 daripada 5)
Loading ... Loading ...

1 Comment

  1. syukran byk2! membantu utk klas bio :)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

:-[ (B) (^) (P) (@) (O) :-S ;-( (C) (&) :-$ (E) (~) (K) (I) (L) (8) :-O (T) (G) (F) :-( (H) :-) (*) :-D (N) (Y) :-P (U) (W) ;-) (D)