Ini adalah salah satu soalan yang sangat popular apabila kita berdiet. Selalunya secara umum, prinsip atau falsafah yang selalu saya pegang tentang berdiet adalah setiap individu itu unik dan tidak sama dengan orang lain. Ini adalah termasuk didalam teori keperibadian biokima tubuh badan seseorang. Oleh itu didalam masalah penurunan berat yang sudah mendatar ini, kita akan berjumpa bermacam-macam sebab yang berbeza-beza untuk setiap orang.

 

Plateau atau penurunan berat badan yang mendatar memang betul-betul berlaku tidak kira diet jenis apa yang anda lakukan. Namun begitu, kita perlu belajar untuk menerima masalah ini dan bagaimana untuk menyelesaikannya.  Tidak ada orang yang telah berjaya menurunkan berat badan yang tidak menghadapi masalah ini. Perkara yang paling utama dan paling penting untuk menangani masalah ini adalah JANGAN PANIK dan JANGAN BERPUTUS ASA.

 

Terdapat 12 perkara yang biasa menjadi penyebab kepada penurunan berat badan yang mendatar ketika berdiet.

 

PART 1 – Anda telah membakar lemak tetapi membina jisim otot.

 

Sekiranya anda bersenam, terutama sekali apabila anda bersenam buat kali pertama atau sudah lama tidak bersenam untuk sekian lama dan mula kembali bersenam, besar kemungkinan anda akan membina jisim otot semasa anda membakar lemak.  Oleh itu berat anda masih mendatar dan tidak menunjukkan apa-apa penurunan.

 

Jenis senaman yang anda lakukan juga akan menjadi penyebab kepada masalah ini. Itu sebabnya sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, jangan pilih senaman yang mengutamakan berat atau anearobik tetapi pilih senaman cardio atau aerobik.

Kebaikan yang baik ini tidak ditunjukkan oleh timbang anda yang biasa melainkan anda menggunakan timbang yang boleh menganalisa komposisi badan anda.  Besar kemungkinan anda akan merasakan perubahan bentuk badan atau kekurangan saiz pingggang anda walaupun berat pada timbang anda tidak berubah. Pada tahap ini tidak perlu risau kerana secara beransur-ansur, timbang anda akan menunjukkan berat anda yang berkurangan oleh sebab pembakaran lemak itu.