Salam semua kepada mereka yang sedang berdiet dengan SLIM DIET 2 dan untuk mereka yang baru tercari-cari untuk mencuba produk hebat kami ini…

Kak zura bz sungguh seminggu nih.. almaklumlah dah pindah rumah baru hasil daripada mendapat extra income daripada Slim Diet II ini dapat lah beli rumah.. Alhamdulillah… Produk hebat pasti ada repeat order… hari ni baru sempat nak update apa yang telah dijanjikan..

 

Baiklah untuk mereka yang sedang mengamalkan diet SD2 pasti ada yang menghadapi masalah tak dapat turun berat badan lagi selepas dah turun beberapa kg sebelum ni… Sebab kedua adalah kerana:-

 

PART 2: Badan anda menyimpan air (water retention) walaupun telah membakar lemak

 

Badan anda mungkin telah membakar lemak tetapi ia menyimpan air menyebabkan penurunan berat anda mendatar. Perkara ini juga memang kerap berlaku daripada apa yang kita sangkakan.

 

Apabila kita tidak meminum air yang cukup, buah pinggang kita tidak boleh berfungsi dengan baik dan hati/liver terpaksa bekerja dengan lebih keras. Hati adalah kilang memproses lemak yang utama dan sekiranya dia terpaksa mengambil alih sebahagian kerja yang patut dilakukan oleh buah pinggang maka ia tidak boleh berfungsi sepenuhnya untuk memproses lemak. Ia menyebabkan pembakaran lemak berlaku dengan lebih perlahan dan penurunan berat akan terganggu. Air juga diperlukan untuk membuang bahan toksid hasil pembakaran lemak itu.

 

Ramai yang masih tidak percaya bahawa air adalah jawapan yang paling baik untuk mengatasi masalah penyimpanan air didalam badan. Apabila kita kurang minum air, badan kita akan menyangkakan bahawa ia didalam keadaan bahaya atau musim kemarau sudah datang dan ini menyebabkan ia akan cuba menyimpan air sebanyak yang boleh. Kadangkala ini boleh dilihat apabila tangan, peha dan kaki yang agak membengkak.

 

Apabila kita meminum cukup air maka masalah “water retention” ini tidak akan berlaku. Badan sudah tidak berada didalam keadaan darurat dan dengan semulajadi ia akan mengeluarkan air yang disimpan daripada menyimpannya.

 

Oleh itu untuk mengatasi masalah ini pastikan kita meminum air yang cukup. Tidak meminum air yang cukup adalah salahsatu sebab yang kerap berlaku jika berat tidak turun.

 

Water retention juga penyebab berat anda tidak turun.