Harini Kak Zura nak mencerita kepada anda semua satu produk yang cukup menarik, Omega CoQ10. Ia merupakan produk terbaru keluaran New Image yang baru dilancarkan pada 18th November 2012. Kini telah di pertingkatkan formulanya dengan khasiat Minyak Ikan yang asli, Koenzim Q10, DHA, EPA.
APA ITU OMEGA COQ10?
Koenzim Q10 (CoQ10) ialah sejenis jisim yang menyerupai vitamin dijumpai di dalam setiap sel dalam badan manusia. CoQ10 adalah perlu untuk mengeluarkan tenaga di peringkat selular. Para saintis mendapati jantung kita mengandungi 10 kali lebih banyak CoQ10 berbanding mana-mana organ lain dalam badan. Ini kerana jantung kita adalah organ yang paling kuat bekerja sebab ia berdegup kira-kira 100,000 kali sehari. Tidak ada satu degupan pun boleh berlaku tanpa wujudnya tenaga.
Menjana tenaga yang banyak tidak menjadi masalah semasa kita masih muda. Badan dapat mengeluarkan semua CoQ10 yang diperlukan oleh jantung, tetapi apabila kita semakin tua, badan akan mengeluarkan semakin sedikit CoQ10. Pada peringkat umur 50-an atau 60-an, jantung kita akan mengalami kebuluran tenaga. Sebaik sahaja keadaan ini berlaku, jantung tidak lagi mampu bekerja dengan cekap serta tidak berupaya untuk menyampaikan semua oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh organ dan tisu di seluruh badan. Akibatnya, kita akan berasa letih dan tidak bermaya.
Banyak penyelidikan telah dilakukan terhadap CoQ10 tetapi hasil yang paling menarik ialah yang dicapai dalam bidang kardiologi. Pada tahun 1972, Dr. Karl Folkers (dikenali sebagai ‘Bapa CoQ10′ kerana kajian mendalam beliau mengenai CoQ10) dan Dr. Gian Paolo Littarru membuktikan mereka yang menghidapi penyakit jantung seringkali adalah mereka yang juga kekurangan CoQ10.
Paras kekurangan CoQ10 telah pun dimantapkan dengan amat jelas dalam kes-kes kegagalan jantung kongestif dan kardiomayopati (otot jantung yang berpenyakit) yang merupakan penyakit yang melibatkan otot jantung itu sendiri.Apabila otot jantung lemah, ia tidak dapat mengepam semua darah yang diterima daripada badan. Juga, apabila otot jantung itu lemah, ia memerlukan lebih banyak jumlah nutrien yang mesti disalurkan ke sel-sel jantung supaya ia dapat mencipta tenaga.
APA FUNGSI?
Salah satu nutrien yang paling penting ialah CoQ10. Dengan mengambil suplemen CoQ10, maka otot jantung yang lemah itu dengan mudahnya dapat menambah semula simpanan CoQ10-nya. Ini membolehkan otot jantung menjana lebih banyak tenaga dengan itu memperbaiki keadaannya yang lemah itu.
Koenzim CoQ10 merupakan suatu rawatan yang berkesan bagi mereka yang mengalami tekanan darah tinggi, menurut satu ujian klinikal yang diterbitkan dalam majalah Southern Medical Journal (2001; 94:112-7).
Mengikut kata Dr. Peter H Langsjoen, M.D., F.A.C.C. (doktor, ahli biokimia dan penyelidik), “Dari pengalaman klinikal saya, kekurangan CoQ10 adalah penyebab kepada kekakuan otot jantung, yang akan menyebabkan badan bertindak balas dengan adrenalin. Dan seterusnya akan menyebabkan tekanan darah tinggi”.
Terdapat beberapa penyelidikan berkaitan CoQ10 dan semuanya menunjukkan peningkatan fungsi otot jantung dan lama kelamaan menurunkan tekanan darah.
Manfaat daripada CoQ10 untuk jantung kini merupakan suatu fakta yang telah pun diterima ramai di kalangan para doktor pada hari ini. Banyak kajian menunjukkan kebaikan yang konsisten dalam kefungsian jantung di kalangan para pesakit yang mengambil CoQ10. Adalah penting kita menyedari bahawa CoQ10 itu digunakan untuk menyokong rawatan-rawatan tradisi dan bukan sebagai penggantinya.
KEBAIKAN DAN KHASIAT OMEGA COQ10
1.selain menambah kesihatan jantung, Co-Q10 juga baik untuk pesakit-pesakit yang telah menderita pelbagai penyakit jantung.
2.kajian juga menunjukkan Co-Q10 bagus untuk mereka yang menghidapi migrain
3.membantu pesakit kanser daripada kesan sampingan semasa dan selepas rawatan kanser.
4.mengelakkan dan mengurangkan pendarahan gusi
5.memberi kesan anti-penuaan
6.mengurangkan kesan radiasi
7.merawat penyakit Parkinson
jika nak dapatkan harga diskaun boleh hubungi Kak Zura ya di talian 012-2777396
Sudah 14 tahun berkecimpung dalam bisnes ini.. KAK ZURA ADALAH SEORANG PAKAR DALAM PENJAGAAN KESIHATAN SERTA KECANTIKAN. Boleh membantu siapa sahaja yang mempunyai masalah untuk mendapat berat idaman selepas mencuba bermacam-macam produk tapi masih gagal.. Kak Zura akan memberi khidmat nasihat berdiet dengan selamat jika anda ingin memiliki berat idaman dan turun 5-10kg dalam masa sebulan..
Boleh juga hubungi Kak Zura untuk mereka yang nak jadi wakil pengedar, dan boleh hubungi wakil-wakil pengedar yang berdekatan (KLIK MENU CONTACT) dengan anda untuk dapat khidmat nasihat percuma nak turun slim di samping menjana wang sampingan…
JOM ORDER SEKARANG!!! 🙂 call/sms : Puan Hazura: 0193197976 [KOS EFEKTIF & MENJIMATKAN – TANPA PERLU BERBELANJA LEBIH] Bank In RMxx.xx Ke Maybank 564146211439 Nama: HAZURA HASHIM BANI 3rd Party Email: hazurahb@gmail.com Paypal / Credit Card : slimdiet2.org@gmail.com