PART 12: Anda mengalami kekurangan zat makanan !

 

Ini adalah bahagian terakhir tentang kemungkinan diantara sebab-sebab berat anda turun mendatar.

 

Kita harus faham bahawa dari segi keperluan biologi, manusia boleh hidup tanpa karbohidrat. Kekurangan zat makanan adalah bukan disebabkan kita kurang memakan karbohidrat tetapi kekurang zat makanan kita adalah disebabkan kita masih lagi kurang memakan makanan lain yang boleh kita makan.

 

Kekurangan dari sebahagian zat makanan bolehjadi mengganggu kelancaran kitaran pembentukan tenaga didalam badan kita. Apabila ini berlaku, ia akan menyebabkan anda tidak membakar lemak dengan secara optima.

 

Jika anda merasakan ini adalah penyebab berat anda tidak turun, maka sekurang-kurangnya tambahlah didalam makanan anda suplemen multivitamin dan mineral yang bersesuaian. Namun begitu, kita perlu juga beringat bahawa ini adalah langkah pencegahan yang pertama, tetapi anda juga berkemungkinan memerlukan lebih dari itu.

 

Sebagai contoh, didalam penulisan Medical Hypotheses, Dr. L. H. Leung telah mencatitkan bahawa diatas sebab-sebab yang tidak diketahui sepenuhnya, dia telah membuat ujikaji dan mendapatkan banyak kejayaaan untuk pesakit menurunkan berat badan dengan hanya menambah “asid pantothenic” didalam makanan mereka. Asid pantothenic juga dikenali sebagai vitamin B5. (Sila lihat L. H. Leung, “Pantothenic Acid as a Weight-Reducing Agent: Fasting Without Hunger, Weakness and Ketosis,” Medical Hypotheses 44, no. 5 (May 1995): 403 – 405.) Nutritionist Barbara Marquette, M. S., yang mengajar terapi zat pemakanan (nutritional therapeutics) di University of Bridgeport program sarjana didalam nutrition juga telah membuat ujikaji serta mendapat kerbersanan baik yang sama.

 

Ini mungkin disebabkan oleh kesan asid panthotenic yang berkaitan dengan kelenjar adrenal. Walau bagaimanapun, ini adalah sebagai contoh sahaja dan bukanlah jawapan serta langkah untuk anda lakukan sehingga anda tahu penyebab sebenar masalah anda. Terdapat banyak lagi jenis-jenis vitamin dan mineral yang boleh menghalang penurunan berat yang optimal jika badan anda kekurangan bahan-bahan tersebut.

 

Didalam topik yang selanjutnya, kita akan berbincang berkenaan cara-cara bagaimanakah kita boleh memecahkan masalah plateau ini.

 

Anda mungkin kekurangan vitamins & minerals ketika berdiet. Dapatkan maklumat supplemen yang bersesuaian dari pakar pemakanan anda.