Tips Berdiet Dengan Slim Diet 2 (SDII)

Kak Zura kongsikan sedikit tips untuk mereka yang bertanya bila berdiet dengan sd2 untuk dapatkan kesan yang maksimum biar kurus cepat dan selamat.

 

SD2 Tip Hari Ini: Oyster dan mussel adalah di antara makanan laut yg mengandungi karbohidrat yang agak tinggi.

Selain daripada 2 jenis ini, anda boleh makan shellfish (makanan laut yang berkerang seperti lala, kerang) atau makanan laut yang lain (seperti sotong, udang, ikan dan ketam) tanpa had.

Oyster, per 100gm =  Calories: 68 // Fat content: 2.46 gm // Net Carb content: 3.9 gm

Mussels, per 100 gm = Calories: 86 // Fat content: 2.2 gm // Net Carb content: 3.7 gm

 

SD2 Tips Hari Ini: Tahukah anda bahawa organ dalaman haiwan (organ meats) juga mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi dari daging biasa dan bertoxic ?

Jangan makan lebih dari 120 gm organ dalaman haiwan sehari ketika anda berdiet SD2 untuk anda masih membakar lemak dan turun berat badan.

Contoh organ dalaman adalah seperti hati, paru, limpa, perut…

 

 

 

SD2 Tips Hari Ini: Semasa anda berdiet SD2, anda tidak digalakkan untuk makan atau minum chocolate walaupun tanpa gula kerana kandungan karbohidratnya yang tinggi.

Milk chocolate (2oz) – 32gm carb

Milk chocolate Chips (1 cup/168g) – 100gm carbs

Caramels (2oz) – 30gmToffee (1oz) – 17gm

After dinner mint (each) – 11gm

M & M’s (Mars) peanut candies (1 cup) – 102gm

 

SD2 Tips Hari Ini: Masih ada orang yang tidak boleh berhenti makan nasi ketika berdiet SD2. Sebenarnya anda bukan ketagih nasi tetapi ketagih gula apabila dapat memakan nasi.

Apabila kita berdiet SD2 dengan betul, maka rasa ketagihan gula akan hilang selepas 3 hari dan kita tidak akan berselera apabila melihat nasi la…gi. Pastikan anda dapat mengira berapa banyak yang anda boleh makan ketika berdiet supaya anda dapat turun berat badan dengan cepat dan selamat..

Rice (serving size 1 cup cooked) Carbs (gm)

Long grain brown rice 45gm

Long grain white rice 45gm

Short grain white rice 37gm

Basmati rice (3oz) 44gm

Fried rice (3oz) 56gm

 

SD2 Tips Hari Ini: Kenapa perlu ambil Apple Cider Vinegar ?

Minum cuka (apple cider vinegar) adalah cara paling mudah untuk membantu mengurangkan berat badan kerana ia bukan sahaja membantu penghadaman dan penyerapan nutrien (bukan lemak), cuka juga merupakan salah satu makanan paling alkali dimana ia dapat mengimbangkan keseimbangan asid-alkali badan anda. Cuka epal ini juga membantu mempercepatkan kadar metabolisma untuk menyingkir lemak terkumpul pada badan anda.

Cuba mengambil SD2 dengan apple cider vinegar dan ketostix anda menjadi pink dengan cepat….

 

SD2 Tips Hari Ini: Minyak Zaiton (Olive Oil) boleh bantu!

Fat atau lemak adalah bahan yang membantu program penurunan berat badan yang menekankan pengurangan makanan berkarbohidrat untuk berjaya.

Apabila anda mengambil SD2, lemak adalah teman anda kerana ianya bukan sahaja mengenyangkan tetapi ia juga melambatkan pengeluaran glukos kedalam saluran darah. Dengan menyederhanakan kandungan gula didalam darah, ianya juga menyebabkan anda kurang ketagih akan makanan berkarbohidrat.

Lemak pemakanan, dengan gabungan diet yang kurang karbohidrat juga akan mempercepatkan pembakaran lemak didalam badan. Apabila badan mula menggunakan lemak dan bukan glukos sebagai bahan bakar, maka proses pembakaran lemak anda sudah dipercepatkan.

Lemak yang semulajadi dan sihat boleh ditemui pada olives (zaitun), olive oil, bijiran, minyak kacang, butter, avocado dan ikan seperti salmon, sardine dan mackerel.

 

SD2 Tips Hari Ini: Kaffein yang tinggi didalam minuman coffee, teh dan minuman cola serta bergas sebenarnya akan mengganggu tahap gula dalam darah anda serta menyebabkan anda akan sentiasa ketagihan gula. Sekiranya anda ketagih minuman berkaffein maka tukarlah sekarang kepada coffee decaf atau teh decaf, tanpa gula. Ini masih dibolehkan semasa anda berdiet SD2 dengan syarat anda meminum air kosong yang banyak sekurang-kurangnya 2 litre sehari. Dengan air yang cukup dapatlah anda menurunkan berat badan dan kurus walaupun tanpa berlapar…