Untuk anda yang mengamalkan Slim Diet II, ini adalah cadangan menu hidangan ketika anda menjalani program diet SD2. Anda perlu lebih kreatif untuk perbagaikan jenis makanan (asalkan tidak memakan kerbohidrat dan gula) supaya kita lebih banyak pilihan dan tidak cepat jemu melihat makanan yang sama setiap hari. Nikmatilah makanan anda sepenuhnya dan ubahlah cara pemakanan yang biasa supaya anda tetap dapat menurunkan berat badan:-

 

Menu Diet Alpha Lipid Slim Diet 2 (ALSD2)

Sarapan Pagi

  1. Telor – Mata Kerbau, Setengah masak, Omelet (campur sausage, bawang, capsicum dan tomato)
  2. Sausage – Rebus, grill, slice kecil dan goreng
  3. Burger daging & ayam
  4. Ayam kukus dengan spices
  5. Fish finger/fillet (cari yang chunky kurang tepong)

 

Makan Tengah Hari

  1. Ayam, daging, ikan, makanan laut, tauhu, tempe, telor itik dan sayur hijau dalam apa juga cara masakan
  2. Yong tau fu tanpa kuey teow dan jangan ambil kuah coklat yang manis

 

Makan Malam

  1. Soup/tomyam ayam, daging, tulang, makanan laut dengan sayur
  2. Sate ayam, lembu, daging, perut etc (kurangkan kuah & jangan makan nasi impit)
  3. Tahu bakar dan sotong kangkung
  4. Western: Chicken chop, Lamp chop, steak (kurangkan kuah & jangan makan kentang)
  5. Sama dengan makan tengah hari

 

Snek

  1. Tempe/ikan bilis goreng dengan sedikit bawang dan chili potong (Jangan ambil terlalu banyak dlm sehari kerana tempe masih ada karbohidrat)
  2. Nugget ayam, Drummet, Fish Fingers (perhatikan label kandungan karbohidrat tidak melebihi 35g sehari)

NOTA:

  1. Makanan yang diproses seperti sosej, daging burger, fishfingers, nugget ayam, drummet dan seumpamanya masih mengandungi karbohidrat lebihkurang 4 gram setiap keping.
  2. Makanan dari bahan soya seperti tauhu, tempe, air soya tanpa gula, taufufa tanpa gula dan seumpamanya bukan dari jenis protien isolate dan masih mempunyai 30 gram karbohidrat setiap 100 gram makanan.
  3. Jangan ambil lebih dari 35gram net karbohidrat sehari untuk badan masih membakar lemak.
  4. Kalau makan diluar ambil saja lauk pauk dan sayur, grill chicken, ikan bakar, lamb/chicken chop dan berhati-hati akan karbohidrat tersembunyi pada kuah blackpepper atau mushroom sos.
  5. Kebanyakan chilli/tomato sauce ada kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi. Baca dulu lebel makanan dibelakang botol tersebut dan lihat berapa kandungan karbohidrat setiap saiz hidangan.
  6. Kuah atau gravy untuk steak/lamb/chicken chop dan yong tau fu tinggi kandungan karbohidrat.
  7. Buah-buahan juga mengandungi kandungan gula yang tinggi.Elakkan dahulu sementara berdiet.

 

PERHATIAN !!!

MENU CADANGAN INI ADALAH PANDUAN UMUM SAHAJA. PEMAHAMAN YANG LEBIH MENDALAM DIPERLUKAN TENTANG JENIS-JENIS MAKANAN BERKARBOHIDRAT APABILA ANDA MENGIKUT MENU CADANGAN INI DAN BERAPA BANYAK ANDA BOLEH MAKAN SEHARI. OLEH ITU ANDA HARUSLAH MENDAPAT PENJELASAN TERLEBIH DAHULU DARI PENULIS ASAL SEBELUM MENGIKUT MENU CADANGAN INI SEPENUHNYA ATAU SENTIASA MERUJUK KEPADANYA JIKA TIMBUL SEBARANG KEMUSYKILAN. SEKIRANYA TIDAK, ANDA DIMINTA BERTANGGUNG JAWAB SEPENUHNYA APABILA MENGIKUT CADANGAN MENU INI TANPA APA-APA RUJUKAN.

 

(Tulisan ini dipetik dari penulisan En Kamarul Nordin)

 

Info Lanjut boleh hubungi Kak Zura 0193197976