Apakah Yang Menyebabkan Penurunan Berat Badan Yang Mendatar Atau Plateaus?? – Part 10

PART 10: Karbohidrat yang anda makan mungkin terlalu rendah !

 

Fahamilah konsep ini dengan tenang kerana ini adalah salahsatu paradox atau perkara yang bertentangan dengan konsep yang biasa anda faham tentang diet protien atau rendah karbohidrat dan mungkin bertentangan dengan naluri yang biasa anda ikuti ketika berdiet SD2. Namun begitu, saya pernah melihat perkara ini berlaku beberapa kali bagi orang yang berdiet SD2.

 

Terdapat beberapa kes yang berlaku dimana orang menulis kepada saya bahawa penurunan berat badannya berhenti apabila mengambil karbohidrat kurang dari 20 gm sehari, dimana mereka berjaya menurunkan berat badan mereka semula apabila meningkatkan makanan karbohidratnya sehingga 40 gm ke 50 gm sehari.

 

Salahsatu kemungkinan yang boleh kita terangkan akan phenomena ini adalah hasil kajian Dr. Diana Schwarzbein, (lihat topik Schwarzbein Principle) yang mengutarakan bahawa memakan terlalu rendah karbohidrat akan menyebabkan paras adrenalin dan cortisol yang tinggi yang akhirnya akan melambatkan penurunan berat badan juga.

 

Walaupun senario ini tidaklah betul untuk semua orang, jika anda merasakan bahawa anda kerap mengambil karbohidrat yang terlalu rendah dan penurunan berat anda masih mendatar, maka sewajarnya anda mencuba meningkatkan sedikit karbohidrat anda dan lihatlah kesannya pada diri anda.

Semuga anda berjaya didalam percubaan ini.

Meningkatkan karbohidrat anda bagi diet yang rendah karbohidrat untuk menurunkan berat badan adalah satu paradox.

 

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *