Apakah Yang Menyebabkan Penurunan Berat Badan Yang Mendatar Atau Plateaus?? – Part 9

PART 9: Anda mungkin kerap terlebih makan

 

Walaupun ketika berdiet SD2 tidak ada pantang untuk kurang makan dan anda boleh makan sebanyak mana yang anda mahu tetapi pada tahap ini anda juga perlu perhatikan bahawa adakah anda terlebih makan atau makan terlalu kenyang walaupun makanan tanpa karbohidrat dalam jangka waktu yang kerap ?

 

Sekiranya anda memakan terlalu kenyang, maka badan anda boleh membakar protien menjadi gula dan secara tidak langsung kita mendapat tenaga dari gula tersebut dan bukan dari lemak yang disimpan. Oleh sebab yang demikian, maka penurunan berat kita akan jadi mendatar.

 

Jika kita mahu melihat dari perspektif lain tentang isu ini, maka kita boleh juga melihat dari segi konsep pengiraan kalori. Memanglah ketika kita berdiet SD2 atau melakukan diet rendah karbohidrat, maka kita tidak perlu langsung mengambil kira tentang konsep pengiraan kalori makanan dan sudah cukup mengira kandungan karbohidrat yang kita makan sahaja. Selalunya kita tidak mungkin atau teramat susah untuk terlebih makan akan jenis-jenis makanan berprotien serta yang rendah karbohidrat dan lemak yang baik.

 

Namun begitu, jika anda kerap terlebih makan dan selalu sangat mengambil kalori yang berlebihan, besar kemungkinan lemak tidak akan dibakar tetapi anda juga akan menyimpan lemak. Jika anda merasakan ini adalah punca berat anda telah mendatar, cara yang paling baik adalah kurangkan jumlah makanan anda setiap kali anda makan. Makanlah dengan jumlah yang sederhana tetapi lebih kerap seperti 6 kali sehari.

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *