Saya seorang pelari jarak jauh dan selalu memasuki pertandingan marathon.  Saya diberitahu memakan karbohidrat yang tinggi atau “carb-loading” adalah kemestian sebelum memulakan pertandingan. Adakah boleh saya berdiet rendah karbohidrat ?

 

Ini adalah salah satu soalan yang biasa apabila ditanya berkenaan diet rendah karbohidrat seperti SD2. Saya memang ada seorang kawan yang suka acara sukan marathon dan acara sukan lasak jarak jauh yang lain tetapi badannya agak besar seperti Arnold Schwarzernegger. Adakah ini disebabkan salah acara sukan kegemarannya atau salah cara pemakanan ?

 

Kita perlu faham sebenarnya tenaga yang diperlukan ketika kita mengharungi sukan lari jarak jauh kebanyakannya datang dari lemak dan bukan gula.

 

“carb-loading” hanya menyebabkan simpanan glycogen kita penuh didalam badan dan akan menyebabkan kita membakar gula tersebut dan bukan lemak  yang disimpan untuk menjadi tenaga. Ini hanya sesuai untuk pelari jarak dekat 100 m yang mana dia memerlukan ledakan tenaga yang banyak dalam masa yang singkat. Apabila badan kita lebih efisien berfungsi membakar lemak didalam badan, maka lebih jauh kita boleh berlari. Itu sebabnya bentuk badan ahli sukan lari jarak jauh lebih kurus dan kecil kerana badan mereka lebih efisien membakar lemak dan mereka boleh berlari dengan lebih jauh berbanding ahli sukan lari jarak dekat. Oleh itu cara pemakanan rendah kerbohidrat boleh diamalkan untuk ahli sukan seperti ini dan lama kelamaan bentuk badan mereka juga akan berubah menjadi lebih kecil tetapi tegap.

 

Sebagai contoh, Stu Mittleman, seorang physiologist senaman, pakar pemakanan atau nutritionist, ultra-marathoner dan seorang ahli sukan lasak jarak jauh yang hebat; secara umumnya hanya memakan 40% karbs, 30% protien dan 30% lemak tetapi apabila beliau didalam latihan untuk sesuatu acara sukan lasak jarak jauh dia akan menambah makanannya kepada 50% lemak dan bukan menambah karbs.