Rahsia Hapuskan Selulit Jahat

Oct 28, 14 Rahsia Hapuskan Selulit Jahat

Ramai yang cuba menurunkan berat badan, juga berharapan selulit-selulit yang ada juga dapat dinyahkan. Namun setelah badan menjadi kurus, selulit tidak juga hilang.  Anda belum tahu rahsia membuang selulit seiring dengan menguruskan badan. Kak zura nak share rahsia dia..

 

Apa itu selulit?

 

Selulit bukanlah satu topik yang menarik untuk dibicarakan. Masing-masing cuba menyembunyikan masalah selulit meskipun mempunyai bentuk tubuh badan yang ramping. Selulit merujuk kepada simpanan lemak yang terdapat di bawah kulit terutama di bahagian perut dan peha. Terdapat banyak sebab mengapa selulit kelihatan pada kulit tubuh badan. Antaranya adalah perubahan hormon yang tidak seimbang, diet yang teruk, gaya hidup, umur dan juga genetik.

 

Punca pertumbuhan selulit

 

Kebanyakan wanita takut melihat selulit pada tubuh badan sendiri kerana rata-rata selulit kelihatan sangat hodoh. Bayangkan permukaan kulit buah oren melekap pada kulit anda! Mengambil makanan yang mengandungi gula dan garam yang banyak serta makanan yang berlemak akan menyebabkan petumbuhan lemak degil yang sangat aktif.  Bagi anda yang gemar duduk berjam-jam, apatah lagi duduk dengan posisi yang kurang baik juga menjadi punca timbulnya selulit. Jika sebelum ini anda gemar mengambil makanan proses segera, coklat dan kuih manis serta memakai pakaian yang ketat sehingga meninggalkan garis, selulit akan menjadi sahabat anda.

Rahsia menghapuskan selulit

 

Selulit bukan hanya dialami oleh wanita tetapi juga lelaki. Menyekat pemakanan bukanlah jalan terbaik untuk menghapuskan selulit. Anda mungkin berjaya kurus tetapi selulit tetap ada. Namun, ada beberapa panduan yang boleh anda gunakan untuk menghapuskan selulit secara perlahan-lahan.

 

Salah satunya senaman atau berolahraga. Ia akan membuatkan perjalanan darah menjadi lancar, otot menjadi kencang dan tubuh badan segar. Lemak-lemak dibawah kulit boleh dipecahkan, dan tiada lagi kesan pada kulit. Pilih pola pemakanan yang sihat di mana anda patut lebih banyak memakan makanan organik dan serat.

 

Sesekali lakukan urutan pada tubuh badan agar otot dan urat-urat menjadi lebih tenang dan saluran darah lancar terutama pada peha, betis dan kaki. Inilah kawasan-kawasan yang patut kita sasarkan untuk nyahkan selulit.

 

Jika anda mahu mencuba petua yang ke arah semula jadi, boleh gunakan hampas kopi, lendir lidah buaya dan lobak merah yang disapukan kepada kulit. Selain melembutkan kulit, ia juga memudarkan kesan selulit atau kesan parut selepas bersalin jika diamalkan selalu.  Inilah masanya anda buktikan bahawa anda masih boleh seksi di depan pasangan anda. Kurus dah kurus dah, kini mari kita hapuskan selulit!

 

UNTUK BANTU ANDA BAGAIMANA HILANGKAN SELULIT TUH.. BOLEH CALL/SMS/WHATSAPP KZURA 012-2777396 / 019-3197976

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *