Tips Mudah Lengan Kecil Dan Cantik

Salam semua.. Seronok last week anak kak zura cuti sekolah seminggu, term break.. jadi apa lagi, peluang balik KB lah.. nak jumpa mummy dan daddy.. rindu sangat-sangat lama tak jumpa.. dengar suara dan video call je.. tapi tak dapat nak peluk mereka..

 

Menarik email kali ini, kak zura nak kongsi pasal tips nak kecilkan dan cantikkan lengan.. 7 hari menu diet slim yang kak zura share haritu dah buat ke belum?? kak zura ada terima respon, ada yang berjaya buat.. kalau ada yang belum boleh cuba baca link sini..

7 Hari Menu Diet Sihat.. Jom kurus..

 

6 Tips Mudah Nak Kecilkan Lengan..

Ramai yang mempunyai masalah nak kecilkan lengan.. kak zura sendiri hadapi masalah yang sama. Ini adalah kerana dulu zaman remaja memang aktif main squash. Jadi sekarang sebelah kanan lebih geleber daripada sebelah kanan.. Mungkin tips yang kak zura nak kongsikan ini boleh membantu anda untuk dapatkan lengan yang slim macam artis.. boleh lah nak pakai baju sleeveless..

 

Antara cara-cara untuk mendapatkan lengan yang kurus dan cantik…

 

Angkat berat adalah salah satu cara yang boleh anda cuba untuk kuruskan lengan.. tapi nak kena pergi gim.. Boleh amalkan latihan angkat berat ini sebaik-baiknya 3 kali seminggu. Kat rumah pun boleh buat, beli je dumbbell di mana-mana kedai peralatan senaman yang berdekatan.. Cara yang paling murah skali isi botol mineral dengan air je, senang boleh buat kat mana-mana sambil tengok tv pun boleh..

 

Menjaga pemakanan harian juga penting.. Kita perlu bijak mengggabungkan makanan supaya badan jadi lansing serta lengan pun boleh kurus. Makanan yang anda perlu utamakan ialah sayur-sayuran, buah-buahan, daging, kekacang dan bijirin, makanan rendah karbohidrat, dan makanan berasaskan tenusu. Cuba ikut menu 7 hari yang kak zura dah kongsikan aritu.. Keputusan yang cepat dapat kita tengok dalam masa 7 hari tanpa berlapar..

 

Push-up dapat membantu mendapatkan lengan yang kurus kerana ia boleh membentuk lengan anda dan mengurangkan tisu-tisu lemak di bawah lengan anda. Dengan menjadikan push-up sebagai salah satu rutin harian yang anda perlu lakukan, anda akan memperolehi lengan yang cantik dan kurus sepertimana yang anda inginkan..

 

 

Minum air dalam 8 gelas sehari ataupun dalam 2 liter sehari.. Air kosong tau, bukan minum air manis.. Air ni penting untuk bantu keluarkan toksin-toksin dalam badan.. Kalau kerap terkencing pun jangan risau.. semua lemak-lemak dan tosik-tosik akan keluar melalui air kencing..

 

Aerobik merupakan antara cara yang paling baik untuk menggerakkan keseluruhan tubuh badan anda. Dengan latihan ‘windmill’ atau kincir angin kita boleh mendapat lengan yang lurus dan slim.. Caranya adalah: Angkat kedua belah tangan anda seperti kedudukan kincir angin dan tangan kanan cuba mencapai hadapan kaki kiri dan bangun semula dan ulang pergerakan dengan menggunakan tangan kiri untuk mencapai lantai hadapan kaki kanan. Ulang proses ini dalam 10-15minit..

 

Yang ni paling best skali.. Cuba guna kaedah Boxing dengan menumbuk punching bag atau boleh juga guna bantal.. hehehehe.. jangan sampai bantal pecah dah laa… Video-video dalam youtube pun banyak kita boleh rujuk.. memang terasa lenguh kat lengan tuh.. tapi kalau betul-betul amalkan boleh tengok hasilnya dengan cepat.. apa-apa pun kena rajin..

 

—-> Jom.. cuba ya.. nanti cerita pda kak zura macam mana hasilnya… segala pertanyaan boleh juga inbox dalam facebook  http://www.facebook.com/DragonLadyHazura

 

P/S: Carb-bal dah ada stok untuk yang berminat boleh hubungi kak zura (019-3197976) – STOK LIMITED..

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *