Dengan Berlapar Anda Pasti Susah Untuk Turun Berat Badan???

Jul 11, 11 Dengan Berlapar Anda Pasti Susah Untuk Turun Berat Badan???

Salam ceria untuk semua.. kak zura baru je pulang menziarahi mummy, daddy dan keluarga di kota bharu.. syok sungguh.. dapat makan masakan mummy yang lama di idam-idamkan.. lepas tuh makanan di kota bharu memang sedap2 belaka.. dengan nasi berlauknya.. ayam percik.. nasi kerabu.. uummmphhh!! best… tapi syukur, makan banyak pun, berat badan tak naik.. tu kelebihan mengamalkan slim diet 2..

 

Tanya mana-mana wanita, semuanya pasti mengatakan tubuh yang langsing menambah daya tarikan pada diri mereka. Jesteru, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat kelihatan cantik dan langsing termasuklah mengamalkan berbagai jenis diet. Ada yang sanggup berlapar semata-mata nak turunkan berat badan.. ishhh issh issshhh… rugi sungguh kalau anda berlapar.. nikmat yang Allah bagi supaya kita makan, kalau dah sakit nanti lagi susah nak makan..

 

Pernah dengar tak kalau ajak kawan makan, lepas tu dia cakap, dia diet.. ingatkan diet dengan memilih makanan yang sihat, tapi rupa-rupanya diet yang dimaksudkan, tak makan lansung.. tu puasa namanya tuh.. hehehehee…

 

Jika anda fikir dengan skip pengambilan makanan akan menurunkan berat badan anda, kak zura sarankan anda berhenti dari berfikir begitu. Fakta menunjukkan bahawa jika anda berbuat demikian, anda mengajar badan anda untuk menyimpan semua berat badan itu. JAWAPAN DIA TAK KURUS LAH SAMPAI BILA-BILA DENGAN BERLAPAR…

 

Kenapa Susah Nak Kurus?

Badan kini dicipta untuk kemandirian hidup atau ‘survival’ yang akan memastikan bahawa anda akan terus hidup dalam keadaan terburuk atau darurat. Jika anda tidak makan, badan anda akan memberitahu dirinya sendiri bahawa ia perlu terus hidup (kerana ia tahu bila anda akan ambil makanan seterusnya). Jadi ia akan simpan tenaga dengan memperlahankan metabolisma dan memperlahankan fungsi-fungsi dalam badan anda. Ketika itu, lebih sedikit kalori akan dibakar, kadar metabolisma akan turun – dan ia akan simpan apa sahaja yang anda makan sebagai LEMAK.

Sebab itulah ramai yang tertanya-tanya mengapa mereka terus gemuk walaupun selalu tak ambil sarapan pagi atau makan tengah hari.

 

Salah satu strategi menurunkan berat badan adalah bekerjasama dengan badan anda, dan tidak melanggar fitrahnya. Kak zura dulu pun pernah diet teruk macam tu, sekarang dengan mengamalkan SLIM DIET 2 kak zura selalu mengambil makanan setiap kalai waktu makan, dan kalau rasa lapar je terus makan..  Yang herannya, berat tak naik tapi ramai yang tegur kak zura nampak semakin slim gitu.. lagi tambah seronok kena puji.. hehehee…

 

Jadi, maknanya kita perlu makan untuk menurunkan berat badan…Bagaimana tu?

 

Jangan skip waktu makan anda (sarapan, makan tengah hari dan makan malam). Malah, anda perlu tambah lagi 2 kali makan di antaranya – jadi jumlah semuanya adalah 5 kali makan! Sarapan-snack-makan tengah hari-snack-makan malam. Pastikan sentiasa makan sesuatu setiap 3-4 jam untuk optimumkan tahap gula dalam darah dan optimumkan metabolisma badan.

 

Dalam hidangan tiada nasi, mee, roti dan makanan berkarbohidrat tinggi… kak zura gantikan dengan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging… makan lauk-lauk sahaja.. tak kisah cara masak macam mana pun takpe.. janji protein..

 

Moga-moga info yang kak zura kongsi harini ia bermanfaat untuk anda semua yang ingin memiliki badan yang lebih sihat.

 

TERUS HUBUNGI KAK ZURA UNTUK YANG NAK DIET TANPA BERLAPAR… 019-3197976 (hazurahb@gmail.com)… free consultancy je.. jangan malu-malu kalau nak kurus.. nanti rugi…

 

Wakil-wakil pengedar seluruh Malaysia diperlukan.. Untuk mereka yang berminat amat di alu-alukan serta terdapat dalam 8 jenis bonus akan diberikan nanti..

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *