Masalah hormon boleh menyebabkan anda tidak dapat turunkan berat badan dan gagal berdiet… kenapa??

Mar 12, 11 Masalah hormon boleh menyebabkan anda tidak dapat turunkan berat badan dan gagal berdiet… kenapa??

Kak zura ada juga terima soalan bila ada yang tak dapatkan turun berat badan walaupun dah mengamalkan slim diet 2 selama 2 minggu.. Bila di soal selidik rupa-rupanya ada masalah hormon.. ataupun hormon tak stabil..

Masalah hormon yang tidak seimbang memainkan peranan yang penting jika kita gagal menurunkan berat badan. Jika  kita berdiet, berat akan turun perlahan atau tidak turun langsung dan selalunya menyebabkan kita kecewa untuk terus berdiet.  Kita perlu faham bahawa hormon ini adalah sejenis bahan kimia yang dirembeskan kedalam saluran darah oleh kelenjar endokrin badan kita. Ianya bertugas untuk menyelaraskan proses-proses yang penting didalam tubuh badan. Selalunya kaum wanita kerap menghadapi masalah ini namun begitu tidak mustahil bahawa kaum lelaki juga tidak terkecuali akan gejala ini.

 

Diantara tanda-tanda umum yang anda menghidapi masalah hormon adalah seperti berikut:-

  • Perubahan perasaan yang tidak menentu samada didalam fasa pra-haid atau tidak
  • Selalu cepat marah – sukar mengawal perasaan
  • Cepat merubah fikiran serta perasaan
  • Menangis tanpa sebab tertentu
  • Lesu serta kurang bertenaga
  • Kemerosotan daya ingatan
  • Selalu merasa gelisah
  • Kerap pening kepala
  • Hipoglisemia atau merasa tidak menentu serta tidak bermaya dalam 1 atau 2 jam selepas makan
  • Nafsu makan yang meningkat
  • Sukar untuk menurunkan berat badan atau berat semakin meningkat dengan cepat
  • Mengalami jerawat degil
  • Mengalami ruam-ruam panas serta berpeluh pada waktu malam
  • Alopesia atau keguguran rambut
  • Hilang minat terhadap seks
  • Kulit kusam dan tidak berseri
  • Kulit berminyak
  • Hirsutisme atau peningkatan jumlah rambut halus pada tubuh badan atau wajah (misai halus)

Jika anda ada mengalami salah satu tanda-tanda ini dan merasa amat susah untuk menurunkan berat badan, maka besar kemungkinan anda sedang menghidapi masalah hormon.  Jumpalah doktor pakar endokrin anda bagi mengambil ujian darah atau air liur untuk kepastian sebenar. Punca masalah hormon ini jaga bermacam-macam dan ianya juga adalah sejenis penyakit yang boleh diubati.

 

Nasihat saya perbetulkanlah masalah hormon ini terlebih dahulu barulah kita boleh menurunkan berat badan atau berdiet.

Related Posts with Thumbnails
1 Bintang2 Bintang3 Bintang4 Bintang5 Bintang (1 undian, purata: 4.00 daripada 5)
Loading ... Loading ...

3 Comments

  1. wan nor izzah /

    saya mnum satu tin setengah sdIiI tp turun bru 1 kg frustnya

  2. salam kak zura, kalau hormon x stabil nie boleh x minum alpha lipid lifeline? dia membantu stabilkan hormon x?

  3. SALAM IZZA.. KALAU HORMON TAK STABIL ELOK AMBIL LIFELINE DULU.. KALAU DIET MACAM MANA PUN TAK DE GUNANYA.. MEMANG TAK LEH TURUN..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

:-[ (B) (^) (P) (@) (O) :-S ;-( (C) (&) :-$ (E) (~) (K) (I) (L) (8) :-O (T) (G) (F) :-( (H) :-) (*) :-D (N) (Y) :-P (U) (W) ;-) (D)