Berikan diri anda hadiah bukan makanan sekiranya berjaya didalam berdiet… YEY!!!

Jan 12, 11 Berikan diri anda hadiah bukan makanan sekiranya berjaya didalam berdiet… YEY!!!

Kita perlu faham bahawa untuk merubah gayahidup adalah juga dengan membuang tabiat lama yang tidak elok dan menggantikannya dengan tabiat yang lebih bermenafaat. Salahsatu tabiat pemikiran yang perlu kita buang adalah dengan memberitahu diri kita bahawa makanan bukanlah satu-satunya hadiah untuk menggembirakan diri kita atau yang membuat kita merasa selesa. Ini tidaklah bermakna tidak ada ruang langsung didalam hidup anda untuk menikmati makanan atau menjadikan makanan sebagai hiburan, tetapi anda perlu merubah tanggapan anda terhadap benda-benda yang menjadikan anda merasa selesa.

Dengan itu, mulakanlah pencarian anda terhadap benda-benda baru yang menjadikan anda merasa selesa selain dari makanan.  Berikanlah hadiah tersebut jika anda berjaya mencapai tujuan penurunan berat badan anda atau tanpa ada apa-apa alasan pun. Sebagai contoh, saya ada seorang kawan yang memotong sekeping gambar baju Armani yang dia pasti akan beli jika berjaya menurunkan berat badan dan menggantungkan gambar tersebut didepan pintu peti sejuknya. Mungkin anda ingin menghadiahkan diri anda dengan pergi ke spa, pergi kepadang golf, membaca novel ditepi pantai atau pergi melancung. Anda boleh juga mencari benda-benda ‘kecil’ sebagai hadiah untuk diri anda sendiri yang tidak ada orang lain perlu tahu atau tidak memerlukan banyak masa atau belanja. Sebagai contoh anda boleh bermeditasi, mendengar lagu kesukaan anda, melawat kedai buku, melawat geleri lukisan atau pergi ke muzeum.

Jika anda merasa gembira dan ingin menghadiahkan diri anda dengan makanan, maka buatlah benda-benda gantian tersebut sebagai latihan buat diri anda untuk menikmati benda-benda lain selain dari makanan. Latihlah diri anda untuk melakukan satu tabiat yang baru yang lebih baik dari makan atau asyik mencari kedai makanan baru yang sedap-sedap.

Related Posts with Thumbnails
1 Bintang2 Bintang3 Bintang4 Bintang5 Bintang (Tiada Rating)
Loading ... Loading ...

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

:-[ (B) (^) (P) (@) (O) (D) :-S ;-( (C) (&) :-$ (E) (~) (K) (I) (L) (8) :-O (T) (G) (F) :-( (H) :-) (*) :-D (N) (Y) :-P (U) (W) ;-)