Rahsia Kejayaan Sepanjang Hayat Untuk Kekal Pada Berat Ideal (Part 2)

Dec 27, 10 http://slimdiet2.org/wp-content/uploads/2018/01/jadilah-orang-yang-bijak-pilih-makanan-untuk-berdiet-300x225.jpg

Apa yang akan saya ceritakan selanjutnya adalah fasa, keadaan atau situasi dimana anda sudah berjaya mencapai berat idaman dan ingin mengekalkan berat tersebut sepanjang hayat. Jika anda belum berada ditahap ini, anda boleh berhenti membaca setakat ini sahaja kerana anda mungkin keliru kerana jenis-jenis makanan pada fasa ini agak berlainan dari fasa-fasa sebelumnya.

 

Pengekalan berat badan memerlukan ketahanan mental yang kuat sepertimana juga cabaran fizikal yang akan kita lalui. Oleh kerana itu saya selalu melihat bahawa orang yang telah berjaya didalam proses ini memang mereka mempunyai kualiti dalaman yang kental untuk merubah diri mereka dan bukan membiarkan diri mereka mangsa kepada keadaan dan selalu menyalahkan orang lain jika mereka tidak berjaya. Untuk terus berjaya mengekalkan berat badan anda sepanjang hayat, anda  memerlukan perubahan sikap yang membolehkan diri anda untuk akhirnya mengawal diri didalam pemilihan makanan anda.

 

Saya berjumpa ramai orang yang mengambil makanan bergula dan berkanji sebagai cara untuk menghadapi masalah atau tekanan. Sebenarnya pilihan makanan yang betul akan banyak membantu untuk menghadapi masalah ini disamping anda dapat mengekalkan berat badan yang sempurna. Buatlah strategi anda sendiri untuk menghadapi godaan makanan. Contohnya seperti saya, saya telah melatih diri saya jika terlalu lapar, menghadapi tekanan atau sudah terlalu bosan untuk memakan makanan yang selalu saya makan; maka saya akan pergi ke restoran makanan jepun dan mengambil sushi. Ini akan memulihkan selera makan saya kembali disamping dapat mengekalkan berat badan saya secara berterusan.

 

Janganlah menggunakan makanan yang tidak elok seperti kek atau ais krim sebagai satu cara untuk menangani tekanan atau untuk mengembirakan diri anda. Carilah jenis-jenis makanan berprotien sebagai satu cara untuk menggembirakan diri anda atau carilah cara lain selain dari makanan sebagai hadiah untuk diri anda.

 

Anda juga memerlukan mekanisma tersendiri untuk menangani makanan ketika anda melancung, kenduri kendara atau keramaian. Disamping itu anda juga perlu lebih tahu untuk pergi ke restoran tertentu yang boleh menghidangkan makanan yang anda perlukan. Sebagai contoh,  sekiranya anda tahu yang anda akan pergi kesatu keramaian yang memang anda tidak boleh elakkan untuk mengambil karbohidrat, maka bersiap sedialah menurunkan kadar makanan karhohidrat anda terlebih dahulu supaya anda boleh menangani karbohidrat yang agak berlebihan pada masa keramaian tersebut.

 

Jadilah orang yang bijak memilih makanan

Kita perlu ingat bahawa ikan segar, unggas (fowl),  daging, telur dan karbohidrat yang berkhasiat tinggi seperti sayuran, kekacang, bijiran dan sekali sekala buah-buahan segar adalah makanan semulajadi yang dijadikan untuk anda makan dan bukan makanan yang telah diproses atau yang telah diubahsuai untuk dijadikan jenis makanan yang baru.

 

Apabila anda boleh menjadikan jenis-jenis makanan asli tersebut sebagai makanan kesukaan anda, maka sudah pastinya anda akan terjamin mengambil pemakanan yang sihat sepanjang hayat. Cubalah makanan baru dari kategori tersebut untuk memperbanyakkan pilihan anda dan mengelakkan rasa bosan. Ini akan membantu untuk mengelakkan diri anda daripada mengambil jenis makanan kesukaan anda yang lama yang sudah tentu tidak baik untuk diri anda.

 

Nanti saya sambung kebahagian terakhir tentang cara-cara untuk mengekalkan berat badan anda secara berterusan.

 

 

 

Jadikan SD2 sebagai program diet anda yang terakhir. Tidak perlu berlapar untuk menurunkan berat badan.

 

 

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.