Cara ini amat berkesan terutamanya jika anda ingin memulakan program senaman atau program diet. Ini juga adalah rahsia terbesar dibelakang kejayaan latihan individu atau ‘personal training’ yang telah mereka lakukan selama ini.

Anda sangat-sangat memerlukan sokongan seperti ini kerana selalunya apabila anda mula berdiet, orang-orang disekeliling anda  akan cuba melemahkan semangat atau memperlekehkan keazaman anda untuk berdiet.

Jika anda mempunyai keazaman yang melibatkan orang lain dan bukan diri anda sendiri sahaja, besar kemungkinan anda akan lebih berjaya melakukannya daripada melakukannya seorang diri.

Kawan berdiet adalah seperti seorang pendengar atau peminat setia. Dengan berkongsi matlamat anda – dengan perkataan yang boleh didengari kepada orang lain, seperti apakah yang akan anda makan, yang anda akan lakukan atau sempurnakan untuk hari ini, minggu ini atau selanjutnya, anda menjadikan perkataan anda lebih bermakna daripada anda memberikan janji yang samar-samar didalam diri sendiri sahaja.

Tambahlagi dengan adanya teknologi internet, tidak ada sebab anda tidak mengambil kelebihan rahsia senjata kejayaaan untuk berdiet ini. Anda dengan mudah boleh mendapat kawan berdiet dimana-mana sahaja dan boleh berkongsi apa sahaja tentang hal-hal berdiet ini.

Sebagai penyumbang maklumat yang kerap di SD2 Wellness Centre dan juga Kelab SD2, Kak Zura telah saksikan sendiri bahawa konsep ini telah banyak membantu ramai orang menurunkan berat badan.

Jadikan Alpha Lipd Slim Diet 2 sebagai program diet anda yang terakhir. Tidak perlu berlapar untuk menurunkan berat badan.