Apakah Yang Menyebabkan Penurunan Berat Badan Yang Mendatar Atau Plateaus?? – Part 3

PART 3: Anda mungkin mengalami masalah “food intolerances” dan ia menghalang penurunan berat anda

 

Makanan yang anda makan semasa menjalani diet SD2 mungkin menyebabkan anda mengalamai masalah ketidaksesuaian makanan ini dan menghalang penurunan berat anda. Badan anda tidak boleh menerima makanan tersebut dan bertindak dengan menghalang penurunan berat anda. Tidak semua orang mempunyai tidakbalas yang sama untuk makanan tersebut. Namun begitu jika anda menjangka menghidapi masalah tersebut, maka anda boleh membuat ujikaji untuk pengasingan makanan tersebut dengan mengubahsuai menu makanan anda. Cuba mengasingkan makanan yang disyaki selama 1 atau 2 minggu dan lihat apa yang berlaku pada penurunan berat anda.

 

Diantara tujuh jenis makanan yang sensitif untuk kita selalunya adalah gandum, susu, kekacang, gula, soya, telur dan jagung. Jenis makanan bergandum juga boleh di kembangkan termasuk semua jenis bijiran dan jenis susu termasuk juga keju atau cheese. Diantara makanan lain yang juga dikenali  menghalang penurunan berat anda termasuklah pemanis tiruan terutamanya aspartame; citric asid yang terdapat didalam diet soda; glycerin, yang terdapat didalam kebanyakan protien-bars sebagai gantian makanan rendah karbohidrat dan juga alkohol.

Adakah anda mengalami masalah “food intolerances” dan menghalang penurunan berat anda?

 

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *