PLATEAU ATAU PENURUNAN BERAT BADAN YANG MENDATAR…. APAKAH SEBABNYA ?

Oct 18, 10 PLATEAU ATAU PENURUNAN BERAT BADAN YANG MENDATAR…. APAKAH SEBABNYA ?

Ini adalah salah satu soalan yang sangat popular apabila kita berdiet. Selalunya secara umum, prinsip atau falsafah yang selalu Kak Zura pegang tentang berdiet adalah setiap individu itu unik dan tidak sama dengan orang lain. Ini adalah termasuk di dalam teori keperibadian biokima tubuh badan seseorang. Oleh itu di dalam masalah penurunan berat yang sudah mendatar ini, kita akan berjumpa bermacam-macam sebab yang berbeza-beza untuk setiap orang.

Plateau atau penurunan berat badan yang mendatar memang betul-betul berlaku tidak kira diet jenis apa yang anda lakukan. Namun begitu, kita perlu belajar untuk menerima masalah ini dan bagaimana untuk menyelesaikannya.  Tidak ada orang yang telah berjaya menurunkan berat badan yang tidak menghadapi masalah ini. Perkara yang paling utama dan paling penting untuk menangani masalah ini adalah JANGAN PANIK dan JANGAN BERPUTUS ASA.

 

Adakah anda tahu apakah maksud PLATEAU ?

Bagi maksud didalam kaedah penurunan berat badan, plateau adalah satu keadaan dimana penurunan berat anda terhenti sementara walaupun anda melakukan program diet tersebut dengan betul dan berterusan.

Keadaan ini boleh berlaku disebabkan oleh berbagai sebab yang boleh kita atasi. Sebagai contoh, didalam program pemakanan rendah karbohidrat seperti Alpha Lipid Slim Diet 2 (ALSD@), plateau boleh berlaku disebabkan mengambil ubat-ubat yang baru setelah berdiet, sakit, stress atau kadar activiti badan yang berkurangan. Dengan mengatasi punca masalah tersebut serta mengikuti program tersebut secara berterusan, penurunan berat badan anda akan berlaku semula.

Namun begitu, sebelum anda merasakan anda ada masalah plateau, adakah anda sudah berdiet dengan betul dan tidak melakukan kesalahan berdiet ?

Untuk perbincangan selanjutnya nanti saya akan mengutarakan 12 perkara yang biasa menjadi penyebab kepada penurunan berat badan yang mendatar ketika berdiet. Kak Zura akan update info dalam blog Kak Zura ini.. baca ya di http://slimdiet2.org untuk mendapatkan maklumat-maklumat apakah yang menyebabkan berat badan anda mendatar….

VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.5_1061]
Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *